Budak Hitam
18Jan/121

heh

heh. selama ni aku marah bila aku nak terkencing tapi orang dalam jamban tu bukan main lama lagi memeram diri.

sedangkan aku nak buang air kecik je.

memang tiap kali aku pergi tandas awam memang ini je lah perasaannya. nak marah.

bila bertahun-tahun berfikir, baru aku sedar. padanlah ada tempat kencing yang separa terbuka. yang boleh tutup anu je. tapi orang lain boleh tahu kau tengah buat apa. kau tengah kencing. ketara bukan?

masalahnya, tempat kencing separa terbuka ni sangatlah tak mesra alam. tak diberinya kepala paip nak basuh kepala kecil.

jadi pengajarannya , rancanglah perjalanan anda. kenali potensi diri dan banyakkan minum air.

Filed under: Gaya Bebas 1 Comment
3Dec/112

Zombijaya

jeng jeng jeng.

"Apa nak semua jadi zombi baru betul-betul 1Malaysia itu kelihatan?" Macam nilah lebih kurang satu ayat yang boleh aku ingat sebab jalan cerita dia power.

Kalau aku nak buat review mestilah aku dah habis baca Zombijaya satu lagi novel keluaran Buku Fixi ni. Aku kenal novel ni sebelum dia print lagi. Masa tu Fixi tengah syok keluarkan gambar untuk diundi sebagai kulit depan. Yang menariknya adalah penulis Zombijaya, Adib Zaini dikatakan mendapat pengaruh Brian K. Vaughan dalam penulisan. Ini lagi buat aku rasa nak mengamuk. (Brian K. Vaughan adalah penulis untuk novel grafik kegemaran sepanjang zaman; Y The Last Man)

Ok berbalik kepada Zombijaya, buku ini mengisahkan tentang kemandirian rakyat Malaysia atau dengan lebih tepat penduduk sekitar Lembah Klang apabila virus zombi mula menjajah. Yang normal adalah zombi, yang cacat adalah yang normal. Yang 'cacat' akan mula mencari jalan bagaimana untuk tidak dimakan si 'normal'. Secara realitinya, jika kita bukan satu kebiasaan dalam sesuatu masyarakat maka kita adalah cacat, pelik ataupun bangang.

kredit gambar : mamuvies

Bagi aku seorang yang tidak langsung ambil tahu pasal virus zombi, Zombijaya adalah awesome. Tak tahulah macam mana para peminat-peminat genre zombi (zombiefags) rasa dalam buku ni. Sebab setakat ni, kalau filem zombi yang pernah aku tengok aku syak I Am Legend, Zombieland dan Zombi Kampung Pisang. Yeahh

Buku ini sangat menyakitkan hati kerana ada saja misteri, walaupun ramai daripada kita tahu yang zombi ini kerjanya makan orang hidup saja. Begitu juga satira-satira yang terselit dalam buku ini. Yang disatirakan adalah benda-benda yang sangat kerap berlaku di keliling kita. Apa dia? Rahsia.

Dan macam biasa, aku akan tertarik dengan mana-mana watak utama dalam mana-mana buku kalau watak tu power sampai aku rasa aku nak jalani cara hidup mereka. Jadi dalam Zombijaya, berkenalanlah dengan Nipis seorang mat rempit yang berani mati tapi takut kena kanser otak melalui penggunaan telefon bimbit. Dekat muka surat satu nanti ada dah Nipis. yeah.

Ini adalah Buku Fixi kedua yang aku baca dan aku rasa Buku Fixi bukan calang-calang pencungkil bakat. Akhir kata, Zombijaya adalah lebih sekadar manusia lari daripada dimakan hidup-hidup oleh zombi. Sebab aku, rasa macam baru kembali ke dunia asal bila aku tutup buku tanda dah habis baca.

Filed under: Gaya Bebas 2 Comments
12Oct/113

Membaca Di Jalanan

Kalau nak mengaku siap-siap, aku ni bukanlah jenis pembaca. Tapi lepas jumpa kawan-kawan di internet dan di alam nyata yang membaca, mulalah aku terpengaruh. Dulu bukan main susah aku nak membaca kalau dalam LRT ke apa benda. Cuci mata lagi best. Tapi kalau modal dah turun, atau aku yang turun maka habislah rezeki dunia. Tapi kalau difikir-fikir, kalau membaca dalam kenderaan awam, sambil tunggu bas, sambil tunggu makwe, sambil tunggu giliran tandas awam aku berani cakap memang tak sia-sia membaca ni.

Tapi, aku ni kan baru berkecimpung. Jadi, buku-buku yang aku ada memang sangat ringan tajuknya. Kalau nak bawak berdebat memang tak ke mana.

Jadi, aku nak kenalkan satu kempen yang tidak menguntungkan dari segi material, tapi sahih manfaat dalam rohani mahupun akal. Namanya Buku Jalanan. Dijalankan oleh sahabat-sahabat yang berpengkalan di Shah Alam. Objektifnya, menggalakkan orang ramai membaca di tempat awam.

Modus operandi adalah yang senang setakat ni. Satu lokasi akan dipilih, yang mana edisi pertama telah diadakan di Taman Tasik Shah Alam, (berdekatan dengan Wet World). Di situ, buku-buku akan diletak untuk dipamerkan. Mereka-mereka yang hadir beriadah, boleh meminjam buku yang ada untuk dibaca di sana. Jika ada yang berkenan nak bawa balik rumah, itu kena ikut budi bicara tuan punya buku lah kan?

Jadi, rancangnya program ini akan diadakan dua minggu sekali. Edisi pertama pada 1/15/2011 baru-baru ini jadi edisi kedua akan diadakan pada 15/10/2011. Bermula jam 5 petang hingga 7 petang. Anda boleh datang baca buku, pinjamkan buku atau apa saja hal-hal berkait.

Buat masa sekarang Buku Jalanan ada 130+ judul buku, zine dan komik. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan bahan bacaan dan cadangan.

Kalau ada rasa nak buka cawangan di kawasan sekitar anda, jemput-jemputlah tegur laman Facebook Buku Jalanan. 

Filed under: Gaya Bebas 3 Comments
11Oct/112

Hambar #1

Dahi dah berpeluh-peluh. Dalam suhu bawah 21 darjah celcius, kalenjar peluh tidak mengenal erti putus asa. Peha kiri dan kanan mula bersemut. Bertukar-tukar posisi duduk, dahi tetap berpeluh, jantung terus berdegup kencang. Encik Murad baru sahaja memulakan perbincangan mengenai pencemaran air di kawasan luar bandar. Kalau nak diikutkan, memang malam tadi aku dah bersedia dengan topik hari ini. Cuma tiba-tiba aku rasa tidak selesa. Persetankan, Encik Murad yang niatnya suci berkongsi ilmu.

Aku tatap nota pada meja. Hanya untuk mengalih tumpuan, nyata gagal. Pandangan tidak statik. Meski satu ayat, aku takdapat habiskan bila badan digoyang kiri dan kanan.

Aku ambil telefon bimbit dalam saku. Periksa kalau-kalau ada pesanan mahupun panggilan tak dijawab. Kosong. Kini kaki mula mahu kejang. Tidak dan bukan. Bukan mimpi basah, mahupun onani di tempat awam.

Aku lihat pada papan putih, Encik Murad mulakan peta minda. Aku mahu turut serta, cuma ada benda yang taksudah. Celaka betul!

Aku tengok pula wajah Aina yang duduk di depan kelas. Wah, ada kurang! Gadis itu khusyuk mendengar apa saja yang dihamburkan Encik Murad. Tidak peduli aku yang memandangya dari sudut belakang. Ya, tadi aku tidak keruan. Pandangan sisi Aina, sedikit melegakan suasana.

Mendung bukan sebulan. Mahu atau tidak aku hadapi realiti. Kini rerambut halus pada tengkuk mula berdiri. Diikuti pula roma-roma pada bahu dan kini aku terasa baru lepas menggigit ais dengan gigi yang sensitif.

Tanpa semena-mena, Kamil yang duduk di sebelah aku berdiri dan mengangkat tangan.

"Encik, ni Hazim nak berak. Tapi dia segan nak keluar" selamba pada nada Kamil.

"Betul ke, Hazim?" tanya Encik Murad yang tiba-tiba prihatin.

Mahu atau tidak, aku angguk dan dibenarkan keluar ke tandas. macam mana si Kamil ni tahu apa yang berlaku? Apa dia baca? Ah lega, semua isi perut kini habis aku salurkan ke perut bumi.

Filed under: Gaya Bebas 2 Comments
Page 1 of 1412345...10...Lama »