Budak Hitam
3Oct/112

Sampah

Ok sekarang aku mengada-ada nak tulis sesuatu atas kertas. Setakat ni aku dah buang ke beberapa orang. Kau jangan pergi selongkar tong sampah pulak nak cari sampah aku. Dah, saja je aku nak update blog ni. kih kih kih

Filed under: Gaya Bebas 2 Comments
17Sep/110

Saman

Semalam aku dari Shah Alam nak ke Kuala Lumpur. Jadi Lebuhraya Persekutuan itu satu laluan yang mesti untuk lebih cepat dan tepat. Sebelum apa-apa hal aku isi minyak di Stesen Minyak Batu Tiga. Ada tiga motosikal semuanya. Sebuah motosikal seorang penunggang. Tapi tanpa disedari kami semua sudah dibasahi hujan dan ambil keputusan untuk berteduh di pondok di dalam kawasan stesen. Hampir semua perkara yang mampu menghangatkan dilancarkan. Mi segera dalam cawan, (beli tiga cawan dapat satu set sudu dan garfu berjenama), buat unggun api, berpelukkan dan tapi semua kami lebih suka menyedut penyakit daripada tembakau.

Pada mulanya takut-takut nak cucuh. Mana tidaknya, dekat dengan stesen minyak. Kau pergi tanya ayam, dia mahu tak mati terpanggang? Kalau aku jadi ayam aku jawab taknak. Tapi ada tiga orang polis trafik sedang berehat di bawah pondok itu. Salah seorangnya mencucuh rokok apa entah tanpa takut mati. Aku dapat inspirasi. Kawan-kawan aku pun dapat inspirasi. Kami semua kagum dengan polis tadi yang berani mati lalu kami mengikut jejak langkah beliau. Bukan. Bukan mendaftar menjadi polis trafik. Tapi dengan mencucuh rokok di bawah pondok itu.

"Tengok orang isi minyak pun jadi syok" - Arie (bukan nama sebenar).

Dengan suhu sejuk namun bujang. Terasa seperti tak mahu pergi Kuala Lumpur. Rasa sudah selesa di situ. Namun, objektif tetap objektif. Perjalanan tetap diteruskan. Semua bara terpadam. Piston mula turun naik. Gas mula dimampat dan letupan satu demi satu kedengaran. Enjin motosikal 100cc masing-masing mula meluncur.

Lorong motosikal menjadi pilihan. Mulanya, aku berkeras mahu ikut lorong motosikal. Rakan-rakan semua ikut sahaja. Aku rasa bersalah. jadi ada satu kawasan yang mana ada stesen minyak lagi satu yang mana lorong motosikal berpisah buat sekejapan, aku buat keputusan mahu ikut jalan utama. Lupakan lorong motosikal.

Rasa lapang ikut jalan utama. Luas.

Namun dari jauh ada satu pemandangan yang tidak selesa. Nun di sana, di plaza tol. Celaka!

Warna putih tak semuanya indah. Polis trafik menjalankan tugas. Tangan didepa sebelah. Dia memang mahu menahan kami yang ingkar.

Filed under: Gaya Bebas No Comments
6Sep/110

Gegar

Tepat jam dua pagi, aku meniarap depan laptop. Tiba-tiba rasa bergegar. Aku ingat yang aku baru seru hantu di rumah baru. Rupanya bukan. Aku paling belah kanan, budak rumah aku ada lagi sebelah. Bukan dibelakang aku untuk menjadikan aku Saiful Bukhari. Bukan. Gegar ini lain macam punya pergi.

Seram. Aku ingat nak lari keluar jerit bagi satu blok keluar. Biar bakal-bakal menantu mak abah aku selamat hendaknya. Tak sempat. Pintu rumah bukan main jauh. Aku malas nak bangun.

Aku tengok dekat Twitter, ada yang tweet 'gempa bumi'. Aku percaya. Mana ada hantu berani nak gegar-gegar aku ni. Tunjuk muka pun segan-segan, inikan pula nak goncang rumah.

Benarlah, ada gempa bumi di Sumatera. 6.5-6.6 pada skala richter. Dengar khabar, di utara kuat juga bergoyang. Betullah bukan jiran-jiran mereka yang senggama sampai langgar dinding.

Adakah patut, pancut air mani pun boleh buat gempa bumi?

Filed under: Gaya Bebas No Comments
24Aug/115

Singapore Sucks. Is She?

That tiny country which separated in governance back 50 years ago is considered sucks. How come eh? Forget the chewing gum compound, smoking in public and else.

Tapi serius lah, kadang-kadang selalu je dibandingkan Malaysia dengan Temasik (Nama lama untuk Singapura). SIA lagi bagus daripada MAS. Ekonomi jauh lagi mantap. Pendidikan jauh lagi tinggi. Internet lagi laju dan murah. Apa lagi hebat Singapura ya?

Aku tak pernah pergi Singapura. Apa yang ada menyusul dalam garapan ini, semua dicebis dari karangan rakyat-rakyat Singapura yang kecewa. Daripada buku, Singapore Sucks, diedit dan dilampir oleh Singa Crew. Mana aku dapat? Nanti aku cerita.

Bayangkan, dalam kilang pekerja kena bayar untuk tandas di kilang itu. Harga makanan kantin setiap tahun naik, malah bergerak dari satu jabatan ke jabatan lain dalam premis yang sama, dikatakan akan dikenakan tol. Gaji tidak juga naik.

Di Singapura juga tidak dibenarkan walau seorang individu membuat bantahan di tempat awam. Kurang-kurang di Malaysia, ada lagi boleh beri permit kalau nak bantah projek itu projek ini. Gila.

Di sekolah, tidak diajar bahawa negaranya ini punya perlembagaan.

Singapura juga mengalami konflik yang mana, jika anda seorang rakyat yang tidak mahu hilang pekerjaan kepada 'bakat asing', maka mereka (rakyat) harus tabah menerima gaji yang kecil.

'Khidmat Negara'. Juga diketengahkan sebagai isu. Yang mana, ada dipersoalkan oleh seorang Minah Amarika. 'Eh, latihan tentera? Bukankah itu melanggar hak asasi manusia?' Semua dalam buku ini adalah dalam bahasa Inggeris.

Paling kelakar apabila, dua orang manusia kini tidak lagi jadi kawan baik kerana salah seorang daripada mereka diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Singapura. Walhal seorang lagi hanya lepasan sekolah biasa. Jadi si layak masuk universiti berkata kepada yang lepas sekolah saja, jangan lagi bercakap dengannya jika dia bersama dengan rakan satu universiti. Pride and prejudice. Ironinya di London, si lepasan sekolah lepak di bar lepas satu parti rakannya. Di bar itu, dia pun minum dengan seorang Londoner. Rancak berbuak mengenai Singapura.

Usai minum, rakan si lepasan sekolah itu bertanya. "Apa yang awak bualkan dengan Professor John?". Professor universiti hebat di London selamba boleh lepak minum mabuk-mabuk dengan seorang asing yang hanya lepas sekolah.

Mana-mana pun mentaliti sama saja.

Yang paling best, Malaysia dan Singapura ada dua persamaan yang paling serasi. Punya kerajaan yang sama memerintah selama berdekad-dekad, serta masih lagi ada slot 'Bangsa/Race' dalam borang mohon kerja.

Cukuplah panjang-panjang sangat nanti kau semua taknak baca. Buku ini boleh didapati di Uya Distro SS15 Subang Jaya. Diedar oleh Gerakbudaya. Jika berminat, aku rasa aku boleh tolong poskan. Sila email ke syahid@budakhitam.com.

Filed under: Gaya Bebas 5 Comments
Page 3 of 1412345...10...Lama »