Budak Hitam
15May/118

Modus Operandi Harian Metro

Sementara aku masih bertuala dan tangan berbau klorin, eloklah aku visualisasikan imaginasi aku dalam bilik air tadi. Hilang ide nanti mulalah aku garu kepala tanda gatal. Masa basuh baju tadi, aku ada terfikir macam mana Harian Metro boleh laris jualannya, masih. Sedangkan di internet sudah banyak celaan keji dilempar namun Harian Metro masih kekal laris. Ada juga aku bincang di Facebook secara ringkas.

Terus jujur, aku baca Harian Metro. Kerana secara automatik, mereka (penulis, wartawan, editor dan semua) berjaya menarik perhatian aku dengan beberapa elemen. Kisah-kisah erotik isteri curang, kisah-kisah keajaiban agama, kisah-kisah mistik etnik nusantara dan gambar-gambar seksi artis yang akan dikeluarkan pada isu keesokkan harinya.

Aku mana nak peduli sangat dengan warna-warna politik, ekonomi dan sosial dalam negara ni. Dah pudar dan makin pudar tanpa rasa. Oleh itu, aku menyokong Harian Metro kerana berjaya membuat aku tidak peduli dengan canangan ahli-ahli politik yang sememangnya gila kuasa tidak memikirkan kepentingan rakyat. Jadi eloklah rakyat dengan isu sesama rakyat. Syabas Harian Metro!

Tidak cukup dengan Harian Metro, timbul satu demi satu media dengan niche yang sama malah arus perdana juga sudah mula memainkan isu erotik dalam kancah penyiaran. Tidak sabar aku mahu membaca kisah ahli politik dirasuk kerana sibuk mencari ulam di kampung. Dan, modus operandi Harian Metro kini berjangkit ke internet. Ya, ke internet.

Jika Harian Metro mahu menampung kos gaji pekerja berbagai golongan, pencetakan dan pengedaran; keuntungan adalah mesti biarpun hanya 0.1% kerana kitaran jualan mesti berterusan juga dengan kelangsungan hidup.

Ramai blogger/jurublog yang sibuk mencari bahan dari serata dunia dan berkongsi dengan sejagat. Menjadi norma, ramai kita yang lebih memilih cerita-cerita seks ganjil, mistik berkaitan agama dan apa sahaja yang tidak membabitkan politik. Jika hanya aku yang begitu, mengapa Harian Metro boleh laris? Mesti ada yang datang sama.

Berbalik kepada jurublog, ada juga yang aku jumpa sibuk dengan kisah-kisah politik dan mengapa kita perlu berbalik dengan ajaran Islam Nabi Muhammad s.a.w. Tapi ada saja kisah-kisah suami tiada nafsu dengan manusia, kisah payudara terbesar benua Asia dan apa saja yang Harian Metro siarkan. Dalam satu blog. Di situlah politik, di situlah dakwah dan di situlah kisah seks yang sebenarnya tidak perlu menjadi isu komuniti.

Jadi apa masalahnya? Aku pun tak tau nak sembang lebih. Kiranya sebagai pembaca, kenalah bijak memilih lalu membuat keputusan. Kepada pembekal, jangan gunakan taktik murah lagi hina semata-mata hendak mengaut keuntungan buta.

But wait. Bukannya hari-hari Harian Metro siarkan isu tergempar. Tapi hari-hari aku nanti-nantikan apa yang akan digemparkan Metro. Kerana tetapan minda aku telah kekal pada paksi, Harian Metro tabloid untuk kita-kita. Keh keh keh

20Mar/113

Why Is Facebook So Damn Slow And You Don’t Deserve To Rant

Facebook is fucking slow and I just can't upload my pouting photo(s) in the mirror.

Facebook is fucking slow and I just can't post any status to tell the world that I'm bored.

Facebook is so fucking slow and I have to wait 26 HOURS to REUPLOAD a video from YOUTUBE!

See the problems? Yerp, you must be happy for not having an account. And as a band wagon, I have to stand up and tell the world that Facebook  is hell slow because you and me who made it. The quake is just another reason to hide the shit and I just can't help it.

1. We all know that Facebook is an international site where all people are connected in the same server, generally. You can leave China, Vietnam, Iran and etc out of the list. So, many investors would work their ass off and gain a lot. It's true; there are accounts those are inactive and fake but the 'active junkies' are always around. With some calculations and intelligence, Facebook can handle it well.

2. The real problem I want to highlight is, I see some numbnuts posting posts which I have seen. Posts it's ok but reuploading is shit.  They have noble wish to share but the way is too lame. Watch a video on Youtube, download it , upload it on Facebook then tag some friends and held some conversations there. It same goes to some pictures. Hey, you're cool! As cool as dry poop. Is it hard to take the link and just share the link? I guess there are many things duplicated and you can count the original stuff with finger in the pants, regardless what do you have in it.

3. I don't care if you want to post anything you'd love to but I just pointed out my points. Facebook is a tool and it does have manual but many of us, so do I don't bother to have a glance on it.

4. Like obviously it has nothing to do with your re-re-reposting thingy to cause Facebook's slowness, it's a bit technical actually. Better get smart afterward. Cheers!

7Mar/117

Finger’s Thought

Hello ladies, today I would like to write in English because I want you to treat me as a cool people because not all of us can use English. Ouch. Cut that crap already.

Keh keh keh.

Saja bikin gempar. Kalau dah bahasa ibunda ni pun terbarai, nak beranglo-saxon memang melampau kan?

Finger's Thought atau fikiran jari ni akan berlaku acapkali kita sebagai penaip-penaip amatur, berfikir dengan jari. Macam mana aku tahu yang kita ni berfikir dengan jari? Sebab aku pernah buat, itu yang aku nak berkongsi. Manalah tahu, sesama kita boleh ambil pengajaran.

Ang gila ka apa? Orang dok pikiaq guna otak ang guna jari. Pasaipa tak guna lutut?

Ini yang jadi persoalan. Sedia maklum, dunia sekarang segalanya di hujung jari. Apa saja. Kalau djaman batu dulu senang nak tengok makhluk kromosom-x bogel, djaman kononnya tamadun bermula, dah susah nak nampak bugil-bugil ni. Tapi sekarang. Klik, klik dan klik. Semua hujung jari. Mujur karipap belum boleh orang muat turun. Kalau ada,  memang takkan ada yang nak berpeluh atas gelanggang tenis.

Kemunculan penaip-penaip yang menampilkan diri sebagai blogger seumpama anak-anak penyu menetas dan beramai-ramai menuju ke laut. Sayangnya, tidak semua anak penyu itu selamat menjadi penyu. Ada yang menjadi sushi kepada jerung. Ada juga yang menjadi sate mentah kepada helang.

Dan setelah beberapa pemerhatian, macam biasa mesti ada yang bertelingkahan angkara pendapat tidak selari. Yang nak dijadikan lawak apabila hanya jari yang digunakan sebagai senjata. Banyak kenyataan melulu tanpa usul periksa luruh bagai meteor.

Aku juga begitu.

Orang kata kita tidak boleh mengharapkan minda kita yang terbatas ini untuk membuat kenyataan. Kita memerlukan rujukan yang mantap. Rujukan salin dan tampal juga satu cara berfikir dengan jari. Bagaimana tidak?

Jika cuba untuk menyentuh sesuatu isu, cuba gali sumber yang mantap. Selesai digali, jangan semena-mena guna sumber sebagai material untuk membuat kenyataan. Rujuk lagi dan lagi dan lagi. Boleh bandingkan dengan subjek yang lain, malah boleh dikaji kesahihan sumber yang dijumpai pada mulanya. Paling mantap, jangan bergantung pada satu sumber sahaja.

Ada bagusnya untuk tidak mencuba menjadi wira barbarik "aku ingin menang, hanya aku yang layak menang". Tidak.

Malahan, objektif pertelingkahan pendapat adalah untuk menjernihkan segala apa yang keruh. Ingat. Lain orang lain keruh jernihnya. Berpadalah untuk diri sendiri. Kalau kalah 'argument' sampai nak bunuh-bunuh, jumpa muka sama muka selesai cara jantan, ini satu perbuatan yang tidak bermoral dalam era yang penuh dengan moraliti.

Sudah-sudahlah berlagak jantan. Apa dapat?

 

 

p/s : aku berkira-kira nak kutip derma melalui paypal. tak adillah korang baca bayar duit internet je. kekeke (aku bergurau)

kredit gambar : shirtoid

4Mar/1110

Laman Paling Selamat

Tahukah anda bahawa apa sahaja yang direkodkan sebenarnya takkan jadi sesuatu yang sulit secara hakiki?

Zaman sekarang sudah ada Vandetta untuk internet. Wikileaks.

Kalau ada koleksi PornLeaks peribadi anda, maka anda sendiri yang patut dipersalahkan kerana anda yang membenarkan aksi-aksi anda dirakam. Padan muka. Siapa suruh percaya kata-kata manis? Rasa dengan lidah lain kali. Makan pedas yang sedap di mulut akhirnya akan mencederakan anus kita dari dalam. Percayalah.

Oleh dengan itu, mari bersama-sama kita mendidik diri sendiri untuk merasai apa itu selamat pada had kita masing-masing.

Di laman web yang ura-uranya akan dihentikan perkhidmatan beliau, aku merasakan di situlah laman paling tidak selamat yang mana di situ aku memuatkan semua jenis kawan nyata, maya dan rakan-rakan seperjuangan MLM dalam satu akaun. Hatta, aku perlu berhati-hati dengan apa yang aku siarkan.

Namun yang demikian,

Aku rasa, aku dah cukup mengontroversikan diri sendiri. Tapi setelah 19 jam, hanya itu respon yang ada. Memang tiada siapa yang ingin mengambil tahu apa yang berlaku ke atas aku. Seperti mengambil tahu apa nasib penduduk kampung, pedalaman dan tanah rancangan pada tahun 2020 nanti kerana jelas, dasar Wawasan 2020 seakan-akan menumpu kepada kawasan urban. Oh ya, aku merujuk kepada iklan dan promosi Wawasan 2020.

Setakat ini, aku belum lagi tidak menerima ancaman bunuh mahupun kekasaran. Walaubagaimanapun, keadaan amat berbeza di laman yang aku rasa selamat.

Dan apabila aku menerima ancaman seperti ini, terus aku membalas bahawa aku takut. Mengapa ini berlaku? Sungguh gasar. Ya, golongan primitif dan barbarian sahaja yang suka kekasaran. Termasuk juga manusia gila isim alaf baru.